Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

farhanblog bio picture

farhan, he can't dance & song

farhan , seorang yang suka makan mee sup dan benci makan sayur bayam.
Menyukai wordpress lebih dari bermain congkak. Suka menonton filem
X-men dan meminati kasut nike. Turut berminat dengan wanita yang
peramah dan kool . Amat membenci rokok dan mencintai nikon d3000. Suka
bersiar-siar dengan si Viva yang berkulit putih.

Amat kedekut
untuk membalas sms dari orang luar dan amat hormat pada orang tua.
Kurang gemar sikap panas baran tetapi selalu melakukan. Tidak comel
bagi pandangan seorang wanita dan mahu kelihatan ringkas tiap kali
keluar untuk makan. Hanya ada 3 seluar jean Levis dan 1 baju adidas.

Promosi Raya 2010 : Cheese Cake Gumbira

Alhamdulillah. Penat lelah petang ni tadi disajikan dengan jamuan buka puasa yang sungguh sedap dari mak farhan. Sambil-sambil makan tu, baru farhan teringat tentang 1 kek yang mak farhan pernah buat hari tu. Ya, sebuah cheese cake.

Keep reading

smashing by farhan

1 comment

add a comment

Farhan Nur Syushie : Sila add sini ye.

Salam semua. Sebenarnya farhan baru je balik dari tarawih. Singgah sebentar mengadap cik acer untuk meluangkan sedikit masa dengan kebun ni. Mencari idea terbaik untuk tajuk malam ni menyebabkan farhan memilih tajuk di atas tu walaupun tajuk tersebut tiada kaitan pun dengan apa yang farhan nak ceritakan lepas ni.

Baik. Kita mulakan dengan kisah gembira dimana farhan telah dibelanja oleh seseorang semalam di Mc D. Semua orang termasuk 3 orang bodyguard pun turut dibelanja semalam. Haha. Apa-apa pun farhan ucapkan terima kasih je kat orang tersebut ye.

Keep reading

smashing by farhan

1 comment

add a comment